Tuesday, May 13, 2008

APA YANG LEBIH PENTING ANTARA "WANG" DENGAN "SIHAT"

Salam Sejahtera warga KEPTEC9293,
Bertemu lagi kita di alam maya. Amacam hari ni? Anda ada bermacam-macam perkara yang berlaku pada hari ini? Kalau perkara yang positif tu, Alhamdulillah..tetapi sekiranya perkara yang negatif menimpa anda hari ini..jangan susah hati..jangan gundah-gulana dan jangan patah semangat kerana anda perlu tahu bahawa terdapat insan lain yang sama-sama malang atau pun lebih malang lagi dari diri anda.
Sahabat Sekalian,
Di dalam dunia ini terdapat pelbagai ragam manusia yang anda akan jumpa setiap hari. Memang ada yang akan membuat anda sakit hati....(biasalahkan memang itu lumrah hidup). "Persoalannya sekarang adakah berbaloi untuk kita memikirkan kenapa seseorang itu menyakiti hati kita" yang membuatkan kita tambah sakit hati? Jawapannya "anda hanya membuang masa" kerana anda tidak perlu memikirkan perkara tersebut yang berunsur negatif. Ia akan menarik unsur-unsur negatif yang lain ke dalam hidup anda. Apa yang perlu kita buat? Hanya bertenang, tarik nafas dalam-dalam melalui hidung (sambil membaca selawat ke atas Nabi Muhammad SAW), tahan nafas selama 3 saat dan lepaskan nafas perlahan-lahan melalui mulut dalam kiraan 10. Ulanginya 3 kali, insyaallah hati kita akan kembali tenang dan lapang. Proses ini kita namakan "TERAPI PERNAFASAN MENGAWAL PERASAAN". Anda boleh cuba petua saya ini dan beritahu saya kesannya.
Berbalik kepada tajuk yang saya pilih "Antara Wang Dan Sihat" yang mana lebih penting? Terdapat manusia yang mengatakan dengan mempunyai wang kita boleh mendapatkan kesihatan yang baik. Itu pendapat yang betul juga kerana dengan ada wang kita boleh membeli produk kesihatan atau pun mendapatkan rawatan di Hospital Pakar. Namun demikian terdapat sebahagian lagi manusia yang lebih positif yang mengatakan bahawa "kesihatan" adalah yang paling utama kerana wang tidak akan bermakna lagi sekiranya kita sudah tidak memiliki kesihatan yang baik. Saya lebih cenderung kepada pendapat yang kedua kerana "prevention is better than cure" mencegah itu adalah lebih baik daripada mengubati. Apa pendapat ada semua?
Secara biologinya tubuh kita merupakan sebuah "mesin" yang beroperasi 24 jam untuk menghasilkan tenaga. Apa yang kita makan / minum merupakan "input" ke dalam tubuh kita yang akan menghasilkan "output" iaitu tenaga yang kita gunakan untuk mengerakkan tubuh kita. Kesan daripada proses penghasilan tenaga itu akan menhasilkan. bahan buangan yang akan di buang keluar dari tubuh badan memalui poses perkumuhan. Emmmm...tentu anda masih ingat lagi dengan istilah-istilah saintifik yang pernah kita gunakan di zaman persekolah dahulu. Secara mudahnya, kita boleh andaikan tubuh kita seperti sebuah kereta. Sesebuah kerata itu akan mengalami juga proses saintific (fizik,kimia,biologi) dalam menghasilkan tenaga untuk mengerakkanya. Sama juga cam manusiakan? Kereta yang dijaga dengan rapi dari segi luaran dan dalaman (termasuk enjinnya) akan dapat betahan lebih lama usianya daripada kereta yang dipandu tanpa penjagaan. Badan kita pun sama juga, sesiapa yang menjaga permakanannya akan dapat merasai kesihatan yang lebih baik dan berpanjangan tetapi mereka yang makan ikut perasaan (main bedal je...) akan merasai kesihatan yang baik selama 40 tahun sahaja (ikut statistik semasa). Selepas umur 40 tahun, taraf kesihatan akan menurun sebanyak 50%. Mengapa jadi begini? Faktornya hanya 2 iaitu salah makan dan salah cara hidup.
Untuk mendapatkan kesihatan yang baik jagalah permakanan kita dan amalkan cara hidup yang sihat melalui senaman. Senaman mesti dilakukan sekurang-kurangnya 3 kali seminggu dengan 20 minit pada setiap sessi. Pengambilan makanan kesihatan juga tidak kurang pentingnya kerana makanan harian kita belum tentu mempunyai kandungan zat & vitamin yang cukup untuk tubuh kita. Saya mengamalkan susu IGG Plus keluaran Smart Naco. Setakat ini kesannya amat positif. Saya nak cerita banyak pun tak pandai kerana hanya yang mencubanya akan merasai kesannya. Sila layari http://www.alivingmydream.com/hasyammudin/ untuk keterangan lanjut mengenai produk tersebut. Oklah, setakat ini dahulu. Jangan lupa buat persiapan untuk program kita pada hujung minggu ini. Jumpa di sanaaa...!
Wassalam

No comments: