Tuesday, May 20, 2008

KEPTEC9293 di Chalet TUK TUK JANDA BAIK

Salam Sejahtera Warga KEPTEC9293,

REUNION KEPTEC CLIFFORDIAN 1992/93
CHALET TUK-TUK – 17 & 18 MAY 2008

PARTICIPANTS:-

CIKGU SYED MOHAMAD BIN SYED AGIL+ WIFE + 3KIDS

MARINA MUHAMMAD
ROSTINA ABDUL RAHMAN
MOHD NASIR MAT SAAD
ROSNI JAMAL ARIFFIN + 1 KID
MOHAMAD ASSAZLLI BIN RAZALI
AZRO AFFENDI OTHMAN + NORAZLINA MOHAMAD + 5 KIDS
AZNAN ARIFFIN + WIFE + 4 KIDS
ZULKARNAI + ROZALINDA AHMAD + 3 KIDS
WAN MAHANI WAN HASSAN + HUBBY + 2 KIDS
HASYAMUDIN JAMALUDIN + WIFE + 2 KIDS
ROZALI MD YASIN + WIFE + 1 KID
ZAMRI HAMZAH+ WIFE + 1 KID
NORAKMAWATI SALLEH + HUBBY+ 1 KID
SAARI ABD RAHMAN + WIFE + 3 KIDS
MASNI BASIR + HUBBY + 2 KIDS
NORZALAN NOR @ KILAT

Maafkan saya kerana lambat update blog kesayangan kita ini. Penat sangat sampai tak larat nak “ketuk” keyboard PC. Mana tak letihnya, pukul 5 pagi baru masuk khemah untuk tidur dan pukul 6.30 pagi dah bangun semula. Namun begitu, Program REUNION kita pada 17 & 18 MAY 2008 telah berjaya mengeratkan lagi tali persaudaraan antara kita tambahan pula dengan kehadiran seorang GURU yang kita kasihi iaitu TUAN HAJI SYED MOHAMAD.

Saya sampai di Chalet Tuk-tuk kira-kira pukul 12.30 t/hari setelah tersesat jalan (hampir sampai ke pekan Janda Baik). Ramai juga rakan-rakan kita yang tersesat, tetapi dengan bantuan Bro Nasir yang telah memberikan petunjuk jalan semuanya telah sampai dengan selamat. Sewaktu saya sampai, “Azro and family” telah pun berada di sana bersama Nasir, Marina dan Tina. Tidak berapa kemudian beberapa orang rakan-rakan yang lain pun sampai antaranya ZUL B, WIE, AJIS, ZALI B & LAN KILAT. Petang itu tiada sebarang aktiviti rasmi, maka kami pun buat hal masing-masing. Ada yang pergi melawat pekan Janda Baik (survey kolam memancing) dan ada yang bawa anak mandi-manda di sungai kecil yang berada di belakang chalet manakala beberapa orang rakan kita menyediakan sajian makan malam (terima kasih banyak-banyak……jasamu dikenang).

Majlis bermula pada sebelah malam dengan jamuan makan malam nasi putih berlauk ayam bakar, sotong & udang bakar serta ikan keli bakar yang diselang-selikan dengan persembahan nyanyian daripada artis-artis KEPTEC9293 yang mana antaranya pernah menjadi anggota “BAND BOYS” Sek Men Clifford Kuala Lipis. Memang tidak dinafikan sememangnya telah lama kita tidak mendengar alunan suara rakan-rakan kita yang pernah suatu masa dahulu menjadi “classmate”,”roommate atau pun “schoolmate” kita. Dua biji kek telah disediakan oleh pihak penganjur untuk di “kerjakan” oleh kami. Sibiji kek adalah untuk meraikan sambutan Hari Guru bersama Cikgu Syed dan sebiji lagi dipotong oleh Presiden KEPTEC 9293 iaitu Wan Mahani. Selesai memotong kek, saya mempersilakan (oops..lupa nak inform yg saya adalah MC utk majlis potong kek) Cikgu Syed untuk menyampaikan kata-kata nasihat buat murid-murid “tua” yang masih lagi memerlukan bimbingan dan nasihat dari seorang insane yang bernama “GURU”. Emmm…memang banyak yang kita perlu belajar lagi untuk teruskan hidup di dunia yang sementara ini. Makin banyak kita belajar..makin banyak yang kita tak tahu,…..so, bila akan habis belajar???? (sehingga ke hujung nyawa..).


Apabila perut dah kenyang ada antara para ibu yang terpaksa menidurkan anak-anak mereka tetapi si suami masih sibuk bercerita bersama rakan-rakan termasuk Cikgu Syed tentang peristiwa nostalgia yang berlaku 15 tahun yang lalu. Memang banyak kenangan pahit dan manis yang kami kongsikan bersama pada malam itu. Bagi group RUMAH SEWA TAMAN PARIS, kenangan di buang dari Asrama merupakan peristiwa hitam yang tidak akan dilupakan selamanya.

Sememangnya peristiwa itulah yang telah mengajar kami berdikari sehingga berjaya menjadikan kami insan tabah dan berani melalui apa sahaja cabaran hidup. Boleh dikatakan group RUMAH SEWA TAMAN PARIS adalah antara pelajar yang tersohor disebabkan kenakalan di zaman persekolahan tetapi akhirnya berjaya menjadi insan yang berguna yang tidak menyusahkan ibu-bapa dan masyarakat. Malah ada antaranya yang melanjutkan pelajaran ke luar negara dan universiti tempatan. Syabbas…syabbas….inspector Shahab…! (u/p: Inspector Shahab tiada kena mengena dgn KEPTEC9293)

Oklah saya rasa setakat ini dahulu. Nanti saya akan sambung di warkah yang akan datang. Saya tengah pening untuk downloadkan video kedalam “youtube” sebab lama sangat nak tunggu. Bila dah ready nanti saya akan masukkan videonya..ok.

Salam sayang untuk semua warga KEPTEC9293.

Wassalam

No comments: