Friday, May 30, 2008

Sumbangan Bulanan RM10

Salam Sejahtera Sahabat semua,

Amacam hari ini? Harap-harap semuanya ok. Saya doakan moga kalian sihat sejahtera di samping orang tersayang. Kalau ada yang kurang sihat tu segera dapatkan rawatan kerana sekarang ni cuaca tidak berapa baik untuk kesihatan.

Cuaca panas dan hujan akan menyebabkan anak-anak kita mudah terkena selsema, demam dan batuk. Bukan anak-anak sahaja, kita juga mudah terkena batuk-batuk akibat perubahan cuaca yang mendadak. Satu PETUA saya, banyakkan minum air masak / air mineral dan elakkan berada di tengah panas di waktu tengahari. Di samping itu juga pengambilan makanan tambahan (suppliment) juga perlu bagi meningkatkan sistem pertahanan badan. Untuk maklumat tentang “suppliment” sila layari laman web saya
http://www.alivingmydream.com/hasyammudin/ .

PERHATIAN : Berikut adalah maklumat penting yang perlu dibaca oleh semua warga KEPTEC9293.

“Mesyuarat ahli yang diadakan pada 17 May 2008 bertempat di Chalet Tuk Tuk Janda Baik telah memutuskan bahawa setiap ahli perlu memberikan sumbangan sebanyak RM10 kepada tabung KEPTEC9293. Sumbangan bulanan bagi KEPTEC9293 berkuatkuasa pada 1 Jun 2008. Setiap ahli akan menyumbang sebanyak RM10 setiap bulan. Sumbangan hendaklah dibuat sebelum 7 haribulan pada setiap bulan”.

Cara-cara untuk membuat sumbangan adalah seperti berikut :-

1. Ada beberapa cara untuk melakukan bayaran seperti online transfer (internet), kaunter dan cash deposit machine. Sila gunakan akaun CIMB Islamic no: 1439 0000 257206 atas nama INA KEPTEC.

2. Setelah bayaran dibuat sila hantarkan SMS kepada Pn Norazlina (Ina) di no:019-2896090 dengan menyatakan NAMA ANDA,JUMLAH,TARIKH & MASA bayaran dibuat. Contoh: HASYAMMUDIN RM10 1/6/08 10:30AM.

3. Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan / kemusykilan sila hubungi Pn Norazlina (019-2896090), Cik Marina (013-9831525) atau Admin KEPTEC9293 (017-9817119-Mudin).

No comments: