Monday, May 12, 2008

Preparation for Outdoor Activities



Dear Clifordians @ KEPTEC9293,

Assalamualaikum,

How's your preparation for our REUNION? Hopefully averything is on the right tracks. My suggestion is to write a list of "things to bring" to make sure that nothing will left behind.


Walaupun untuk 2 hari 1 malam tetapi banyak perkara yang perlu kita ambil-kira terutama bagi yang berkeluarga. For those yang ada anak kecik lagi banyak yang kena bawa. Sebagai contoh saya senaraikan beberapa barangan penting yang perlu di bawa ketika menyertai aktiviti "outdoor".


1. Penghalau Nyamuk. Terdapat beberapa jenis penghalau nyamuk yang dijual dipasaran tetapi biasanya saya menggunakan 3 jenis ini.



2. Minyak Gamat. Ini juga penting kerana ianya boleh membantu sekiranya berlaku kemalangan kecil.




3. Emergency light / torch light. Amat berguna sekiranya berlaku "black-out".

























4. Selipar jepun. Penting sangat apabila melakukan aktiviti di kawasan berair.






5. Topi. Sangat berguna ketika aktiviti di waktu petang.



5. Videocam. Boleh rakam gambar kawan-kawan dan ahli keluarga








Ok.. guys , itulah antara barang-barang keperluan yang perlu kita bawa untuk menyertai aktiviti luar selain daripada pakaian kita. Ha..pakaian juga perlulah yang sesuai. Mesti bawa jaket atau pun baju lengan panjang kerana suasana di hutan adalah lebih sejuk daripada rumah kita. Seluar juga mestilah yang sesuai seperti "cargo pants" (ala..seluar askarlah tu..) atau pun track suit. Seluar pendek amat tidak sesuai bagi kaum wanita kerana akan menganggu ketenteraman jiwa kaum lelaki (heh..heh..heh...).

Baiklah, hanya setakat ini dahulu buat kali ini. Apa yang saya paparkan adalah sebagai panduan sahaja dan yang selebihnya perlulah saudara-saudari tokok-tambah sendiri. Apa yang paling penting ketika menyertai aktiviti luar (outdoor activities) adalah keselamatan. Ketika langkah pertama anda meninggalkan rumah faktor keselamatan adalah perkara utama yang perlu anda titik-beratkan. "BERHATI-HATI DI JALAN RAYA", "KE DESTINASI DENGAN CERIA"


Jumpa di sana....!!!!!



Wassalam.




No comments: