Wednesday, May 14, 2008

Antara Barang Naik & Gaji Naik

Salam Sejahtera,


Sahabat sekalian. Fenomena kenaikan harga barang yang sedang melanda negara kita sekarang ini amatlah memeritkan. Jika ditanya kepada para pemimpin negara jawapannya "Ini adalah fenomena GLOBAL yang melibatkan semua negara dan kemelesetan ekonomi adalah perkara biasa yang berlaku setiap 10 tahun".Adakah teori ini benar ataupun hanyalah kenyataan umum yang dipakai oleh semua pemimpin seluruh dunia? Tepuk dada tanya selera!


Sebenarnya, kesan kenaikan harga barang hanya dirasai oleh "kita" golongan marhain sahaja. Bagi golongan atasan mereka tidak mengalami apa-apa kesan kerana harga sekampit beras adalah lebih murah daripada makan pagi mereka di hotel-hotel mewah. Betul atau tidak? Saya rasa anda tahu jawapannya.


Apabila perkara seperti ini berlaku, siapakah yang hendak dipersalahkan? Kerajaan? Pemimpin? Parti pembangkang? Barisan nasional?........................????


Pada pendapat saya, diri sendiri yang bersalah kerana kita yang memilih untuk keadaan kita sekarang ini. Sekiranya kita salahkan kerajaan, kitalah yang memilih kerajaan tersebut. Jika hendak disalahkan pemimpin, kitalah yang memilih mereka. Salahkan parti pembangkang, mereka juga terdiri daripada "kita". Jadi, kesimpulannya betepatan dengan Firman ALLAH "Sesungguhnya setiap kerosakan dan kemudaratan yang berlaku di atas muka bumi ini adalah kerana tangan manusia itu sendiri". Dalam bahasa yang lebih mudah "sendiri mahu ingat, berani buat berani tanggung".


Sahabat sekalian, tahukah anda bahawa sanya di dalam kehidupan kita ini kita mempunyai pilihan kerana setiap perkara itu dijadikan oleh Allah berpasangan. Kita juga yang memilih antara dosa & pahala, baik & buruk, rajin & malas, tidur & jaga, puasa & makan dan sebagainya. Sekarang anda nampak jelas bahawa Allah Maha Adil sentiasa memberikan pilihan kepada hambanya. Kita juga di kurniakan AKAL yang sempurna agar dapat berfikir dengan waras dalam membuat sesuatu pilihan itu. Pilihan yang tepat hanyalah boleh dibuat berbekalkan ILMU. Tiada kehidupan tanpa ilmu. Manusia dapat hidup di atas muka bumi ini adalah kerana ILMU. Perkara yang membezakan antara KEJAYAAN dengan KEGAGALAN adalah ILMU. Untuk menyelesaikan setiap permasalah juga perlukan ilmu. Wah..lihatlah betapa pentingnya ilmu di dalam kehidupan manusia yang juga dikenali sebagai "homo sapien" ini.


Lihatlah manusia di sekeliling kita, kawan-kawan kita, saudara mara kita atau pun sesiapa sahaja yang telah tersilap langkah di dalam hidupnya. Apakah puncanya? Tidak lain dan tidak bukan kerana kekurangan ilmu. Sekarang kita sudah nampak akan kepentingan ilmu dalam menentukan hala-tuju kehidupan kita di dunia yang sementara ini. Ilmu jugalah yang akan menentukan kehidupan kita di alam Akhirat kelak.


Lantas..apakah kaitannya dengan kenaikan harga barang? Ia memang berkait kerana seseorang yang berilmu tidak akan membenarkan keadaan persekitaran mempengaruhi dirinya bahkan merekalah yang menentukan kehidupan mereka dan persekitaran mereka. Ini adalah benar, kerana selama ini kita membiarkan hidup kita ditentukan oleh orang lain. Kita hanya bekerja dari pagi sampai ke petang dan bayarannya ditentukan oleh majikan kita. Jadi, selama ini kita tidak dapat menentukan pendapatan kita kerana kita adalah golongan "pekerja" dan majikan kita adalah golongan "usahawan". Baik..sekarang kita sudah nampak adanya dua pilihan antara menjadi "pekerja" atau menjadi "usahawan". Sekarang manakah pilihan yang membolehkan kita sendiri menentukan pendapatan dan kerja kita? Sudah tentulah dengan menjadi usahawan. Saya berpendapat semua orang boleh menjadi usahawan.Ya..usahawan yang mencari rezeki dengan hasil titik-peluh kita sendiri. Sekiranya kita beroleh kekayaan ianya kerana usaha kita sendiri bukannya mempergunakan kudrat orang lain untuk kesenangan kita seorang.

Sahabat sekalian.


Kita semua mempunyai potensi untuk menjadi USAHAWAN. Apa yang paling penting adalah "niat", cari ilmu dan amalkan ilmu tersebut. Tiada apa yang mustahil untuk dicapai sekiranya berusaha dengan penuh keyakinan dan "istiqamah". Saya mempunyai keyakinan yang tinggi bahawa setiap insan itu akan berjaya apabila dia membuat pilihan yang betul dan bertanggungjawab di atas pilihan tersebut. Ingatlah, jadilah seperti air yang akan sentiasa mengalir melepasi setiap halangan. Untuk mendapatkan kisah hidup usahawan-usahawan yang telah telah berjaya layari http://www.alivingmydream.com/hasyammudin/

Jumpa lagi,

P/s: KEPTEC9293 Group, Welcome to Janda Baik

No comments: