Friday, June 6, 2008

Jangan Lupa RM10......!

Salam SAYANG buat semua,
Apa khabar?
Saya harap kengkawan semua sihat walafiat walaupun keadaan sekitar agak "stress" akibat kenaikan mendadak harga minyak. Apa nak buat, kita telah melantik orang yang salah untuk mentadbir negara kita.
Sepatutnya kita sebagai rakyat adalah "boss" yang berhak memecat sesiapa sahaja pekerja yang kita lantik yang tidak "perform" menjalankan tugas. Mereka harus ingat bahawa gaji yang mereka dapat adalah duit rakyat (duit kitalah tu..) dan rakyatlah majikan mereka. Disebabkab rakyat yang melantik mereka maka rakyatlah yang berhak untuk memecat mereka. Bertindaklah sekarang demi menjaga kebajikan anda dan keluarga anda. Orang lain tidak peduli apa yang anda rasai kecuali diri anda sendiri. Fikir-fikirkanlah.........!
Oh..ya, hari ini 6 Jun dan esok 7 Jun. Bagaimana derngan sumbangan bulanan untuk kelab kita? Kepada yang terlupa ingin saya ingatkan bahawa sumbangan bulanan hendaklah dibuat sebelum 7 hb setiap bulan. Saya faham keadaan sekarang amatlah "parah" kepada kengkawan yang tinggal di kota. Emm..sabarlah ye. Sesungguhnya Allah sentiasa bersama umatnya yang sabar. Sekiranya kengkawan ada sebarang cadangan bolehlah emelkan kepada saya untuk saya siarkan di halaman blog kita ini.
Ok, Jumpa lagi.
Bye!

No comments: